ISNIN, 21 MAC 2022
TATAU: Projek Transformasi Luar Bandar (RTP) bagi menaiktaraf jalan di empat buah rumah panjang di daerah Tatau kini siap sepenuhnya.
Menteri di Pejabat Premier Sarawak, Datuk John Sikie Tayai telah menyempurnakan penyerahan projek berkenaan pada Sabtu.
Antara rumah panjang yang terlibat adalah Rumah Kalang Nanga Bulu, Rumah Was, Sungai Entajum, Rumah Semanggat Nanga Dia, dan Rumah Janting, Sungai Pamok, Tatau.
Turut hadir, Pegawai Tadbir Daerah Tatau Calvin Ligong, JKR Bintulu Ngu Tie Hwa.-EDISI UKAS