Sungai Antawau, Baleh Persinggahan Pertama Kru Waifm Datai Nemuai

ISNIN, 21 MAC 2022

BALEH: Kawasan Sungai Antawau di Baleh menjadi persinggahan pertama kru Waifm Datai Nemuai sempena program anjuran Radio Televisyen Malaysia (RTM) Kuching.

Program diadakan di Rumah Unggam pada Sabtu lepas telah dirasmikan oleh Ahli Parlimen Hulu Rajang, Datuk Wilson Ugak Kumbong.

Dalam ucapannya, Datuk Wilson berkata kedatangan kru Waifm di Antawau adalah bagi memberi pendedahan dan pengalaman kepada penduduk luar bandar sekali gus memberi peluang kepada mereka bertemu serta beramah mesra dengan personaliti radio kegemaran mereka.

Katanya, penduduk Antawau cukup bertuah kerana diberikan peluang menyaksikan persembahan istimewa daripada kru Waifm yang lucu dengan gelagat telatah mereka di radio.

Sementara itu, Pegawai Daerah Pegawai Daerah Bukit Mabong, Robert Liman amat berterima kasih kepada Waifm dan kakitangan yang terlibat dalam menjayakan program tersebut.

Beliau juga menekankan pengurusan pentadbiran rumah panjang haruslah adil dan saksama di mana tuai rumah dan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) mereka harus lebih aktif dalam menjalankan tanggungjawab. – EDISI UKAS

add comment