SELASA, 22 MAC 2022
BINTULU: Bersempena lawatan Premier Sarawak sehari ke Bintulu, isteri Premier Sarawak Puan Sri Datuk Amar Juma’ani Tun Tuanku Bujang telah mengadakan lawatan ke Kompleks Peryatim Bintulu pada Selasa.
Kehadiran Puan Sri Datuk Amar Juma’ani telah disambut isteri Timbalan Pengerusi Lembaga Kemajuan Bintulu (BDA) Datin Hasliza Abdullah dan beberapa tetamu kenamaan lain.
Dalam lawatan itu, beliau telah menyampaikan sumbangan Ramadan kepada Pengerusi Peryatim Bintulu Datuk Abdul Kadier Sahib.
Turut disampaikan sumbangan kepada 84 orang penghuni Kompleks Peryatim Bintulu.
Terdahulu, Puan Sri Datuk Amar Juma’ani telah diberikan penerangan mengenai pentadbiran Kompleks Peryatim Bintulu oleh Pengerusinya Datuk Abdul Kadier Sahib.
Hadir sama isteri Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jepak Dato Dr Zaliha Abdullah, isteri Pengurus Besar BDA Datin Dewi Ratna Abdul Ghani dan Ahli Lembaga Pengarah BDA Datin Sri Angelina Celestine Ujang.-EDISI UKAS