SELASA, 22 MAC 2022
KUCHING: Kejohanan Golf Piala Pusingan P. 194 Petra Jaya Edisi Ke-12 akan diadakan pada Sabtu ini di Kelab Golf Sarawak (KGS), Petra Jaya Kuching.
Menurut Pengerusi Jawatankuasa Penganjur, Hilmy Othman, kejohanan kali ini akan disertai tiga pasukan daripada Dewan Undangan Negeri (DUN) N.6 Tupong, N7. Samariang dan N.8 Satok.
Jelasnya, kejohanan tersebut bakal mempertandingkan beberapa kategori iaitu kategori berpasukan, individu, tetamu jemputan dan wanita jemputan khas.
Beliau berkata demikian semasa sidang media Kejohanan Golf Piala Pusingan Dato Sri Fadillah Yusof di KGS pada Selasa.
Tambahnya, jumlah keseluruhan peserta adalah seramai 120 orang termasuk 80 orang tetamu jemputan khas.
Majlis penyampaian hadiah akan disempurnakan oleh Menteri Kanan Kerja Raya merangkap Ahli Parlimen Petra Jaya, Dato Sri Fadillah Yusof yang akan diadakan pada sebelah malam di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK).
Untuk makluman, kejohanan tersebut yang dianjurkan pada setiap tahun sejak 2008 terpaksa ditunda selama dua tahun (2020-2021) akibat pandemik Covid-19.-EDISI UKAS