PPWE Bintulu Anjur Majlis Tahlil Sempena Bulan Ramadhan 2022

SELASA, 22 MAC 2022

BINTULU: Pusat Perkhidmatan Warga Emas (PPWE) Bahagian Bintulu telah menganjurkan Majlis Tahlil sempena Bulan Ramadhan 2022 yang bakal tiba.

Majlis tersebut telah dihadiri oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jepak, Datuk Talib Zulpilip yang diadakan di Pusat Perkhidmatan Warga Emas, Bangunan Perpustakaan lama Bintulu pada Ahad.

Semasa berucap, Datuk Talib merakamkan ucapan penghargaan dan syabas kepada PPWE kerana bergerak aktif dalam membuat aktiviti bagi warga emas.

Beliau juga memberikan sokongan penuh terhadap aktiviti yang mereka anjurkan itu.-EDISI UKAS

add comment