SABERKAS Cawangan Bekenu Perlu Terus Aktif, Perbanyakkan Aktiviti

SELASA, 22 MAC 2022

SIBUTI: Pertubuhan Belia Kebangsaan Bersatu Sarawak (SABERKAS) Cawangan Bekenu perlu terus aktif dan memperbanyakkan aktivti mereka.

Ahli Parlimen Sibuti, Lukanisman Awang Sauni berkata mereka juga perlu menambah ahli SABERKAS terutama dalam kalangan belia.

“Saya mahu SABERKAS Cawangan Bekenu ini terus bergiat aktif dan memperbanyakkan lagi aktiviti mereka.

“SABERKAS Cawangan Bekenu ini juga perlu menambah ahli mereka terutama sekali golongan belia untuk meningkatkan penglibatan golongan ini dalam SABERKAS Cawangan Bekenu,” katanya semasa berucap dalam program Peliau Gaman Challenge 2022 di Pantai Peliau, Sibuti pada Ahad lepas.

Bercakap mengenai Peliau Gaman Challenge 2022 pula, katanya ia merupakan program yang telah dianjurkan sejak tahun 2017 dan  dikelolakan oleh SABERKAS Cawangan Bekenu.

Dalam program ini, Gaman (Rakit) merupakan program utama dan di samping itu terdapat acara sampingan seperti pam boat, lumba bot laju dan sukaneka.

Program ini mendapat sambutan menggalakkan dalam kalangan golongan belia

Acara bot pam terbuka dan bot pam marathon masing-masing mendapat 10 penyertaan, 15hp race 1 dan 15hp race 2 masing masing mendapat enam penyertaan, 18hp race 1 mendapat tujuh penyertaan, 18hp race 2 pula lapan penyertaan, aktiviti memancing dengan 31 orang peserta dan sukaneka mendapat 95 penyertaaan.

Program selama sehari itu juga memperlihatkan aktiviti lain yang turut diadakan seperti jualan di gerai-gerai, sukan air dan busking.

Dalam pada itu, Ahli Parlimen Sibuti itu juga turut menyerahkan sumbangan sebanyak RM5,000 kepada SABERKAS Cawangan Bekenu.-EDISI UKAS

add comment