19 Persatuan Dan NGO Terima Sumbangan SABATI

RABU, 23 MAC 2022

KUCHING: Sebanyak 19 buah persatuan dan Badan Bukan Kerajaan (NGO) menerima sumbangan cek dan pelitup muka daripada Sarawak Badan Amal Tenaga Isteri-Isteri (SABATI).

Penyerahan sumbangan tersebut telah disempurnakan oleh Presiden SABATI, Puan Sri Datuk Amar Juma’ani Tun Tuanku Bujang di Pejabat SABATI pada Rabu.

Dalam pada itu, sumbangan tersebut bertujuan bagi memudahkan persatuan dan NGO menjalankan aktiviti serta program kemasyarakatan pada masa akan datang.

Selain itu, ianya juga sebagai tanda sokongan dan keperihatinan SABATI dalam memberi bantuan kepada orang-orang yang kurang bernasib baik di dalam masyarakat melalui persatuan dan NGO yang terlibat.

Antara yang menerima sumbangan tersebut adalah Kelab Reakreasi dan Sosial Saribas (SSRC), Persatuan Kebajikan Mawar Kuching, Pusat Jagaan Two Tree Hospis Kuching, Rumah Seri Kenangan Kuching, Kuching Life Care Society, Pusat Aktiviti Warga Emas (PAWE) Satok, PAWE Sebuyau dan Sarawak Hun Nam Siang Tng dengan masing-masing menerima RM3,000.

Turut menerima sumbangan sebanyak RM5,000 adalah Agensi Anti Dadah Kebangsaan Negeri Sarawak, Sarawak Cheshire Home, Kuching Autistic Association, Sarawak Society For The Blind, Sarawak Society For The Deaf, Persatuan Kumpulan Sokongan Pink Ribbon Sarawak dan Persatuan Bagi Kebajikan Kanak-Kanak Terencat Akal Sarawak (PERKATA) Sarawak.

Sementara itu, Sarawak Children’s Cancer Society, Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (PERKIM) Sarawak, Koperasi Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Kuching dan Klinik Kesihatan Gedong juga turut menerima sumbangan berjumlah RM5,000. – EDISI UKAS

add comment