Kerjasama Semua Pihak Penting Pastikan Pelaksanaan Projek Di Saratok Berjalan Lancar

RABU, 23 MAC 2022

SARATOK: Semua pihak termasuk Ahli Majlis Daerah Saratok (MDS) diminta bekerjasama dan memainkan peranan bagi menjelaskan segala perancangan projek pembangunan kepada penduduk supaya projek dapat dilaksanakan dengan jayanya.

Gesaan itu disuarakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kalaka, Mohamad Duri dan ADUN Kabong, Mohd Chee Kadir semasa sesi libat urus bersama Ahli MDS di Bilik Mesyuarat Bangunan Perpustakaan Saratok pada Rabu.

Dalam sesi tersebut, beberapa perkara dibincangkan berkenaan perlaksanaan Projek Transformasi Luar Bandar (RTP) di bawah kendalian MDS selaku agensi pelaksana.

Kedua ADUN juga menzahirkan penghargaan kepada MDS kerana telah memainkan peranan melaksanakan segala projek sedia ada dan dirancang dengan lancar dan teratur.

Turut hadir Pegawai Daerah Saratok, Harun Mahidi; Pemangku Setiausaha Majlis Daerah Saratok, Bilong Engkas dan Ahli-Ahli MDS. – EDISI UKAS

add comment