Kontraktor Diminta Beri Tumpuan Siapkan Projek Sakit Atau Dibatalkan Kontrak

RABU, 23 MAC 2022

LAWAS: Terdapat beberapa projek pembangunan di daearh Lawas yang mengalami kelewatan dan ‘sakit’. 

Perkara ini dimaklumkan Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan selepas diminta mengulas mengenai projek pembangunan di daerah Lawas dalam sidang media selepas melawat SK Awat-Awat, Sundar pada Isnin.

Justeru, beliau telah meminta kontraktor memberikan tumpuan kepada pelaksanaan projek yang sakit dan diadakan pemantauan rapi bagi memastikan projek itu dapat disiapkan. 

“Saya telah pun meminta mereka (kontraktor) supaya menumpukan kepada projek-projek yang tenat itu dan membuat ‘close monitoring’ yang sangat penting. 

“Sekiranya ia tidak ada kemajuan setelah diberi surat amaran saya minta mereka untuk mempertimbangkan supaya kontrak dibatalkan kerana kita tidak mahu projek ini lewat dan pelaksanaannya terjejas,” katanya. 

Ujar beliau lagi, tindakan ini perlu demi kepentingan masyarakat yang memerlukan kemudahan dan menikmati pembangunan. 

Hadir sama Pemangku Residen Bahagian Limbang Sebi Bin Haji Abang, Setiausaha Politik Premier Sarawak Awangku Zainal Abidin Dato Pengiran Jawa, Jurutera Jabatan Kerja Raya (JKR) Daerah Lawas Lee Teck Kiu dan Juerutera Awam JKR Faznur Syakhira Zulkipli.-EDISI UKAS

add comment