Op Lusuh Dijalankan Di Sekitar Kota Samarahan

RABU, 23 MAC 2022

ASAJAYA: Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Samarahan melakukan pencegahan jenayah secara bersasar dengan menguatkuasakan Op Lusuh di sekitar kawasan Kota Samarahan.

Pemeriksaan dijalankan di premis-premis membeli barangan lusuh serta bengkel-bengkel kenderaan di Daerah Asajaya dan Daerah Kecil Sadong Jaya.

Inisiatif tersebut bertujuan mengesan bahan-bahan seperti kabel, wayar, besi mahupun komponen kenderaan hasil curi yang dijual atau dibeli oleh pemilik premis.

Pemilik premis dalam pada itu diarahkan untuk memperketatkan proses pembelian barangan lusuh dan tidak membeli barangan hasil curi atau barangan yang mencurigakan.

Ini kerana, tindakan undang-undang akan diambil termasuk pembatalan lesen premis.

Ini merupakan satu inisiatif berterusan IPD Kota Samarahan dalam mengekang pembelian barang-barang curi dan lain-lain barang lusuh.-EDISI UKAS

add comment