RABU, 23 MAC 2022
LAWAS: Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan berharap Projek Pembinaan Sekolah Kebangsaan (SK) Awat-Awat akan dapat disiapkan penghujung Mac ini dan penyerahannya kepada Jabatan Pendidikan Sarawak akan dapat dilakukan pada awal April nanti.
SK Awat-Awat ini mempunyai banyak kemudahan yang akan memberi kemudahan kepada guru dan murid-murid belajar dalam suasana yang selesa.
“Ini banyak memberi banyak kemudahan antaranya ialah lapan bilik guru, enam buah bilik darjah, padang futsal dan yang tidak ada ialah asrama.
“Saya akan berusaha supaya ada asrama untuk skeolah ini untuk lelaki dan perempuan,” katanya.
Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas melawat SK Awat-Awat, Sundar pada Isnin.
Apabila siap sepenuhnya nanti, SK Awat-Awat ini akan menempatkan kira-kira 210 murid-murid dari darjah satu hingga darjah enam dan turut mempunyai bangunan Tadika yang boleh menempatkan 60 orang murid-murid.
Tambah Datuk Amar Awang Tengah yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Sari, beliau telah meminta Jabatan Kerja Raya (JKR) membuat anggaran bagi membina bangunan asrama SK Awat-Awat.
Mengenai satu kawasan lapang di SK Awat-Awat ini, beliau mencadaangkan diwujudkan sebuah taman bagi membolehkan murid-murid mengasah bakat dalam bidang landskap sekaligus memberi persekitaran pembelajaran yang menarik.
Hadir sama Pemangku Residen Bahagian Limbang Sebi Bin Haji Abang, Setiausaha Politik Premier Sarawak Awangku Zainal Abidin Dato Pengiran Jawa, Jurutera Jabatan Kerja Raya (JKR) Daerah Lawas Lee Teck Kiu dan Juerutera Awam JKR Faznur Syakhira Zulkipli.-EDISI UKAS