RABU, 23 MAC 2022
SEMATAN: Projek Transformasi Luar Bandar (RTP) bagi membina baru benteng hakisan di Kampung Trusan Jaya bernilai RM270,000 dijangka siap pada Julai ini.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjong Datu, Azizul Annuar Adenan telah mengadakan lawatan ke kampung itu bagi memantau perkembangan projek tersebut pada Selasa.
Lawatan beliau turut disertai agensi pelaksana, Jabatan Pengairan dan Saliran Sarawak (DID) bersama dengan wakil Setiausaha Majlis Daerah Lundu, Effa Natrah.
Terlebih dahulu, Azizul telah menyerahkan tapak projek Transformasi Luar Bandar (RTP) bagi menaik taraf Taman Rekreasi Sematan kepada kontraktor dilantik, Taharah Mafa Sdn Bhd di Pekan Sematan. -EDISI UKAS