KHAMIS, 23 MAC 2022
KUCHING: Tuan Yang Terutama (TYT) Yang di-Pertua Negeri Sarawak,Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud menerima kunjungan hormat Konsul Jeneral China di Sarawak, Cheng Guang Zhong di kediaman rasminya, Demak Jaya di sini pada Rabu.
Bercakap kepada media, Guang Zhong memberitahu, kunjungan tersebut adalah bersempena penamatan tugasnya di negeri ini kerana beliau akan bersara pada bulan depan.
Sehubungan itu, beliau menzahirkan penghargaaan dan berterima kasih kepada kerajaan Sarawak di atas kerjasama yang diberikan sepanjang perkhidmatan beliau di negeri ini sejak tahun 2018.
Tambah Guang Zhong, beliau berharap hubungan baik di antara Sarawak dan China akan terus dikekalkan menerusi kerjasama pelbagai bidang. -EDISI UKAS