KHAMIS, 24 MAC 2022
SERIAN: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tebedu, Dr Simon Sinang Bada telah menerima kunjungan muhibbah dari rombongan ahli Exco Persatuan Ibu Bapa Guru (PIBG) Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tebakang diketuai Pengetuanya, Patrick Philip di Pusat Khidmat DUN Tebedu pada Rabu.
Menerusi perjumpaan itu, Dr Simon berkata, walaupun pada dasarnya setiap sekolah menengah dan sekolah rendah adalah di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia, namun beliau akan sentiasa bekerjasama dengan pihak PIBG dan sekolah demi pembangunan bidang pendidikan dan infra lebih-lebih lagi SMK Tebakang yang sangat dekat di hati beliau.
Dalam masa sama, beliau kagum dengan prestasi PIBG SMK Tebakang yang selama ini banyak membantu mendapatkan kemudahan asas bagi menyokong pembangunan fizikal dan infra sedia ada.
Sehubungan itu, Dr Simon berharap agar kerjasama PIBG, Sekolah dan Pusat Khidmat akan terjalin erat sepanjang masa.
Rombongan itu turut disertai Yang di-Pertua (YDP) SMK Tebakang, Anthony Siong; Penolong Kanan 1, Jeffery Moreh; Setiausaha PIBG, Susie Langin dan Bendahari PIBG, Chikut. -EDISI UKAS