Mesyuarat Agung 3 Tahun Sekali PBB Ranting Katibas Hilir Sesi 2022-2025

KHAMIS, 24 MAC 2022

KATIBAS : Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Katibas telah mengadakan Mesyuarat Agung Tiga Tahun Sekali Ranting Katibas Hilir Sesi 2022-2025 pada Rabu.

Mesyuarat diadakan di Rumah Jarop Nanga Sepadi, Katibas serta dipengerusikan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Katibas, Lidam Assan.

Terdahulu, beliau turut menghadiri Mesyuarat Agung Tiga Tahun Sekali PBB Ranting Sungai Musah di Rumah Japok Nanga Senyaru, Sungai Musah.

Dalam ucapan perasmian, Lidam Assan mengucapkan terima kasih kepada Ahli PBB yang telah memberi mandat kepada beliau dan memenangi Pilihan Raya Negeri Ke-12 (PRN12) yang lalu.

Tambahnya lagi, Ahli Jawatankuasa (AJK) Ranting merupakan ejen penggerak bagi menyampaikan dasar-dasar kerajaan kepada akar umbi serta bertanggunjawab memberi bimbingan kepada rakyat dalam meningkatkan taraf sosio ekonomi rakyat.

Sementara itu, Lidam Assan turut hadir ke Mesyuarat Agung Tiga Kali Setahun PBB Ranting Pekan Song untuk Sesi 2022-2025 bertempat di Dewan Madarasah Kampung Gelam Song.

Mesyuarat dijalankan secara serentak bagi ketiga-tiga sayap tersebut dengan pematuhan Prosedur Operasi Standard (SOP) yang telah ditetapkan.-EDISI UKAS

add comment