JUMAAT, 25 MAC 2022
SARIKEI: Biro Agama Pemadam dengan kerjasama Jabatan Agama Islam Sarikei mengadakan Seminar Pembangunan Keluarga, Kesedaran Penyalahgunaan Dadah bertempat di Pusat Inovasi Sarikei (SIC) pada Khamis.
Program penangguhan rasmi seminar yang dihadiri oleh Ketua-Ketua Kaum dan Masyarakat (KMKK) bersama penjawat Awam serta Badan Bukan Kerajaan (NGO) itu disempurnakan oleh Timbalan Residen, Pejabat Residen Bahagian Sarikei, Abang Mohammad Porkan Abang Budiman.
Dalam ucapannya, beliau berkata bahawa tugasan membasmi penyalahgunaan dadah bukan terletak di bahu kerajaan sahaja malah kerjasama daripada semua pihak juga diperlukan.
Dalam pada itu, Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK), Peringkat Negeri Sarawak telah merancang pebagai program dan aktiviti bagi mencapai objektif serta membantu kerajaan bagi merealisasikan ‘Malaysia Bebas Dadah’.
Selain itu, program seminar itu turut diisikan dengan ceramah Kepentingan Sokongan Keluarga dalam proses pemilihan (Dadah) yang telah disampaikan oleh Pegawai Tadbir Psikologi, Majlis Islam Sarawak (MIS).
Turut hadir Pegawai Agama Islam Bahagian Pejabat Agama Islam Sarikei, Ustaz Abdul Rahim Abdul Rashid.-EDISI UKAS