Datuk Bandar MBKS Terima Kunjungan Hormat Deligasi MBI

JUMAAT, 25 MAC 2022

KUCHING: Datuk Bandar Majlis Bandaraya Kuching Selatan (MBKS), Dato Wee Hong Seng menerima kunjungan hormat daripada delegasi Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) di pejabatnya pada Selasa.

Kunjungan itu diketuai Datuk Bandar MBI, Dato’ Rumaizi Baharin @ Md Daud yang turut disertai Setiausaha MBI Ahmad Munir Ishak, Kaunselor Mohader Ahmad Mohammad Ayob, Kaunselor Abu Bakar Hussian dan Kaunselor Mohamad Annuar Baharudin.

Pertemuan tersebut membincangkan mengenai penandaan kerja bangku dan perkongsian dari segi perspektif pelancongan serta perjalanan gastronomi Kuching memandangkan bandaraya Kuching telah memenangi Anugerah Standard Bandar Pelancong Bersih ASEAN baru-baru ini.

Sehubungan itu, MBKS dipilih sebagai penanda aras untuk menjadi contoh kepada Majlis Bandaraya yang lain demi kemajuan dari segi pentadbiran bandar, aspek pelancongan termasuk idea bandar pintar.

Turut sama dalam perbincangan itu ialah Timbalan Datuk Bandar MBKS Hilmy dan Pemangku Setiausaha Bandaraya Zainab Marzali.-EDISI UKAS

add comment

online casino malaysia online casino malaysia malaysia online casino malaysia online casino trusted online casino malaysia trusted online casino malaysia casino online malaysia casino online malaysia