Dr. Stephen Rundi Lawat Ladang Carus Eco Plants

JUMAAT, 25 MAC 2022

BETONG: Menteri Pemodenan Pertanian Dan Pembangunan Wilayah, Dato Sri Dr. Stephen Rundi Utom turun pada Jumaat untuk melawat ladang milik Carus Eco Plants Sdn Bhd.

Beliau memulakan lawatannya ke Ladang Padi Sebukut, Spaoh sekitar jam 9.40 pagi.

Ia disusuli dengan lawatan ke Ladang Pisang Footprint Sdn Bhd dan Ladang Kelapa Carus.

Lokasi ketiga dilawati Dato Sri Dr. Stephen Rundi adalah Ladang Kelapa Carus di Jalan Jugir, Betong.

Beliau mengakhiri program lawatannya ke Ladang Midin Carus.

Hadir sama dalam lawatan berkenaan ialah Setiausaha Politik Kepada Premier Sarawak, Dr. Richard Rapu; Setiausaha Tetap MANRED, Datu Edwin Abit; Ketua Penolong Setiausaha Bahagian Pertanian Dan Industri Agro Makanan, Kementerian Pemodenan Pertanian Dan Pembangunan Wilayah, Dr Gluma Saban; Pemangku Pengarah Pertanian Sarawak, Tn. Dominic Chunggat dan Pegawai Pertanian Bahagian Betong, Tn. Petrus Kang. – EDISI UKAS

add comment