Hari Polis Ke-215 Daerah Kanowit Disambut Penuh Makna

SABTU, 26 MAC 2022

KANOWIT: Sambutan Hari Polis Ke-215 peringkat Kanowit disambut sederhana bertempat di perkarangan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kanowit pada Jumaat.

Program dimulakan dengan perbarisan hormat daripada anggota polis yang hadir kepada Ketua Polis Daerah (KPD) Kanowit, DSP Tega Bilong dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ngemah, Anyi Jana.

Ia disusuli dengan perutusan Ketua Polis Negara yang dibaca oleh DSP Tega.

Majlis diteruskan dengan penyampaian sijil penghargaan dan pemotongan kek sebagai simbolik Sambutan Peringatan Hari Polis Ke-215. – EDISI UKAS

add comment