SABTU, 26 MAC 2022
SIBU: Program ‘Reskilling’ dan ‘Upskilling’ Veteran Angkatan Tentera Malaysia (PRUV-ATM) peringkat Perbadanan Hal Ehwal Bekas Angkatan Tentera (PERHEBAT) Sarawak merupakan platform bagi meningkatkan sosio ekonomi bekas anggota tentera.
Majlis penutup dan penyampaian sijil tamat kursus yang dilaksanakan melalui dua fasa dan berakhir semalam telah disempurnakan oleh Pemangku Ketua Sektor Pengurusan Latihan PERHEBAT, Wan Azmin Mohd Abu Bakar.
Program tersebut dikhususkan bagi menyantuni seterusnya menjaga kebajikan anggota veteran ATM yang terkesan dengan musibah pandemik COVID-19 dalam meneruskan kelangsungan kehidupan sejagat.
Lantaran itu, melalui PERHEBAT Cawangan Sarawak telah dipertanggungjawabkan dalam menangani dan menganjurkan PRUV-ATM itu dengan kerjasama agensi Safety and Fire Accademy (SAFA), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), Jabatan Pertanian Negeri, Malaysian Palm Oil Board (MPOB) Cawangan Sibu.
Bagi memenuhi tujuan tersebut, PERHEBAT Cawangan Sarawak telah menganjurkan PRUV-ATM dalam kursus Building & Fire Safety Management dan Asas Pertahanan Awam di Kuching (21 dan 22 Mac 2022) dan Sibu (24 dan 25 Mac 2022) serta program Santuni & Taklimat Asas Pertanian pada 24 Mac 2022.
Seramai 100 anggota veteran ATM di seluruh Sarawak iaitu di kalangan usahawan pertanian, kontraktor binaan, teknikal dan sebagainya telah terpilih dan berjaya menamatkan kursus dan menerima sijil masing-masing.
Menurut seorang peserta PW I TMS Kundai Dugi yang berkepakaran Marine Technician Hull (MTH) berkata, sekiranya beliau mahu menjadi Subject Matters Expert perlu mempunyai pelbagai bidang pengetahuan, kursus dan latihan untuk meningkatkan kompentensi diri.
“Lagi banyak kita berkursus lagi bertambah lah pengetahuan dan pengalaman sesuatu bidang yang kita akan perolehi,” ujarnya.
Beliau yang masih berkhidmat dan bakal bersara tidak lama lagi berterima kasih kepada Jabatan Hal Ehwal Veteran (JHEV) dan PERHEBAT Cawangan Sarawak kerana diberi peluang untuk menghadiri kursus tersebut.
Dalam program itu, anggota veteran ATM dapat menimba ilmu pengetahuan seterusnya bagi meningkatkan sosio-ekonomi dalam bidang yang diceburi melalui pelbagai ceramah Keselamatan Kesihatan Pekerjaan, Building and Safety Fire Management dan praktikal yang dianjurkan oleh pihak SAFA dan APM.
Turut hadir sama Pegawai APM Daerah Sibu Kapten Frankie John Jawan dan Penolong Pengarah PRUV-ATM PERHEBAT Negeri Sarawak, Pauline Guyah. -EDISI UKAS