AHAD, 27 MAC 2022
SELANGAU: Majlis Daerah Luar Bandar Sibu telah mengadakan program Gotong-Royong Sesi 1/2022 di Pekan Selangau pada Sabtu.
Bercakap ringkas di dalam program tersebut, Kaunselor Christopher Kusa mewakili Kaunselor Petrus merakamkan ucapan ribuan terima kasih di atas kerjasama yang erat di antara semua yang terlibat bagi menjayakan program gotong-royong tersebut.
Aktiviti gotong-royong tersebut turut dimeriahkan oleh beberapa agensi dan Jabatan yang lain seperti Pejabat Daerah Selangau, Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dan turut disertai oleh Ketua Kaum dan Ketua Masyarakat (KMKK) di Daerah Selangau. – EDISI UKAS