IPD Daerah Serian Anjur Perhimpunan Hari Polis Ke-215 Secara Sederhana Dan Patuh SOP

AHAD, 27 MAC 2022

SERIAN: Perhimpunan Hari Polis ke-215 bertemakan ‘Polis dan Masyarakat Berpisah Tiada’ telah disambut secara sederhana dengan pematuhan Prosedur Operasi Standard (SOP) pada Jumaat. 

Ketua Polis Daerah Serian, Deputi Superintenden Polis (DSP), Aswandy Anis hadir sebagai tetamu kehormat dan sekaligus menyempurnakan perhimpunan kali ini yang diadakan di Ibu Pejabat Polis Daerah Serian. 

Dalam majlis itu, beliau menyampaikan Sijil Penghargaan Pesuruhjaya Polis Sarawak kepada lima penerima dan Sijil Anugerah Perkhidmatan Cemerlang bagi Tahun 2020 kepada sepuluh penerima. 

Pada sebelah petang, turut diadakan majlis bacaan Yasin, tahlil dan doa selamat disusuli solat Jumaat bertempat di Masjid Darul Ikhsan Kampung Sri Menanti.

Hadir sama, Ketua Bahagian Cawangan Khas IPD Serian, Asistan Superintenden Polis (ASP), Alexander Nyala Mong dan Ketua Bahagian Pengurusan IPD Serian, Suriah Sele. EDISI UKAS

add comment