Penganjuran ICC 2022 Pada November Depan Dengan Tema ‘Standing Alone Together: Managing The Paradox’

AHAD, 27 MAC 2022

KUALA LUMPUR: Konvensyen Kaunseling Antarabangsa (ICC) 2022 akan dianjurkan pada 1 hingga 4 November depan dengan tema baharu, ‘Standing Alone Together: Managing The Paradox’ yang dipilih sebagai pengganti “Isu Kontemporari Dalam Kaunseling”.

Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Sarawak, (Transformasi Prestasi dan Penyampaian Perkhidmatan), Datu Dr Sabariah Putit berkata, tema tersebut seiring dengan isu semasa pandemik COVID-19 yang memberi kesan kepada seluruh dunia.

Jelasnya, acara tersebut kelak juga akan memperkenalkan pelbagai keistimewaan Sarawak dari segi masakan tempatan seperti Laksa Sarawak, Mi Kolok, Bubur Pedas, Linut, dan Ayam Pansoh termasuk pemandangan panoramik dan keunikan budaya.

Justeru, beliau berharap konvensyen tersebut kelak akan memberi manfaat kepada rakyat Sarawak khususnya profesional serta pengamal dalam kaunseling dan psikologi.

“Saya mengalu-alukan semua orang ke konvensyen di Hotel Riverside Kuching Sarawak pada 1 hingga 4 November tahun ini,” katanya ketika berucap di Simposium Kaunseling Kebangsaan 2022 di Bangi baru-baru ini.

Dalam majlis itu, Datu Sabariah telah dianugerahkan sebagai Tokoh Pengurus Sumber Manusia Aplikasi Psikologi Kaunseling yang disampaikan oleh Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rina Harun.

Hadir sama, Presiden Persatuan Kaunseling Malaysia Antarabangsa (PERKAMA International), Datuk Dr Abd Halim Mohd Hussin; Timbalan Ketua Setiausaha (Operasi) Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Mohd Yusri Mohd Yusoff dan Timbalan Dekan Fakulti Sains Kognitif dan Pembangunan Manusia yang mewakili Naib Canselor Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS), Dr Amalia Madihie. -EDISI UKAS


Sent from Quick notepad

add comment