AHAD, 27 MAC 2022
TANJUNG MANIS: Program Jualan Keluarga Malaysia(PJKM) di perkarangan tempat letak kerta Family W Grocer Tanjung Manis telah disempurnakan oleh Ahli Parlimen Tanjong Manis, Ir Yusuf Abdul Wahab pada Sabtu.
Penglibatan peruncit yang menjadi rakan strategik dalam menjayakan program tersebut telah banyak membantu dan memberikan manfaat yang besar kepada pengguna dengan harga barangan keperluan harian yang lebih murah daripada harga semasa bagi meringankan kos sara hidup.
Dalam pada itu, Pejabat Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Negeri, Cawangan Mukah bersama agensi-agensi seperti Persatuan Nelayan Sarawak (PENESA) dan Family W Grocer telah melangsungkan program PJKM selama dua hari bermula 26 hingga 27 Mac 2022 dari jam 10.00 pagi hingga 2.00 petang.
Sehubungan itu, Ir Yusuf menggalakkan orang ramai untuk merebut peluang yang ada dalam merancang pembelian keperluan rumah di samping dapat berjimat dengan tawaran yang disediakan.
Tambah beliau lagi, Pegawai Penguatkuasa KPDNHEP akan terus melaksanakan pemantauan dan pemeriksaan bagi memastikan bekalan sentiasa stabil Dan mencukupi untuk keperluan pengguna.
Turut hadir pada Program Jualan Keluarga Malaysia PJKM ialah Timbalan Ketua Cawangan Mukah PPP Mohamad Rizal Sehe.-EDISI UKAS