Sambutan Hari Polis Ke-215 Peringkat IPD Sri Aman Turut Berlangsung Dengan Lancar

AHAD, 27 MAC 2022

SRI AMAN: Masih mengekalkan tema “Polis Dan Masyarakat Berpisah Tiada”, Sambutan Hari Polis Ke-215 peringkat Ibu Pejabat Daerah (IPD) Sri Aman telah berlangsung dengan lancar pada Jumaat.

Seramai 131 anggota terdiri daripada Pegawai Kanan, Pegawai Rendah dan Pegawai Awam IPD Sri Aman terlibat dalam perhimpunan tersebut yang diketuai Pegawai Pemerintah Baris, Inspektor Mohd Safuwan Zaeif.

Perutusan daripada Ketua Polis Negara (KPN) telah dibaca oleh Ketua Polis Daerah (KPD) Sri Aman, Deputi Superintendan Polis (DSP), Bingkok John sekaligus menyempurnakan sambutan itu.

Beliau juga telah menyampaikan sijil penghargaan kepada 28 Pegawai Rendah Polis (lain-lain pangkat) dan tujuh (7) Pegawai Awam IPD Sri Aman.

Di samping itu, turut disampaikan sijil penghargaan kepada enam (6) anggota Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) Batu Lintang dan seorang ahli dari Jawatankuasa Kecergasan Sri Aman (JKSA). -EDISI UKAS

add comment