ISNIN, 28 MAC 2022
BAU: Seramai 55 peserta program Jum Regista Bisnes, Sarawakku Sayang Bau menerima sijil perniagaan mereka.
Daripada jumlah tersebut, seramai 10 peserta telah menerima sijil yang disampaikan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Serembu, Miro Simuh di Pejabat Daerah Bau pada Isnin.
Manakala bagi peserta lain pula akan mengambil sijil perniagaan masing-masing di kaunter Pejabat daerah Bau bermula dari 29 Mac hingga 1 April depan.
Turut hadir dalam program ringkas itu adalah Pegawai Daerah Bau, Anielia Siam. -EDISI UKAS