Penyertaan NSJA Dalam Aktiviti Kemasyarakatan Diiktiraf

ISNIN, 28 MAC 2022

MIRI: Dalam pandemik Persatuan Wartawan Utara Sarawak (NSJA) lebih memfokuskan kepada aktiviti kebajikan ahli dan aktiviti tanggungjawab sosial korporat (CSR).

Presidennya Andy Jong Wan Joon berkata, kempen derma darah, memberi bantuan bakul makanan kepada masyarakat yang memelurkan, program prihatin kasih barisan hadapan, aktiviti pembersihan terumbu karang di Taman Negara Marin Miri-Sibuti dan lain.

“Buat julung kali, NSJA telah diiktiraf dan menerima anugerah menerusi penganjuran kempen derma darah yang paling responsif semasa tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sempena Hari Penderma Darah Sedunia 2021 peringkat kebangsaan oleh Menteri Kesihatan Malaysia dan Pusat Darah Negara,” katanya semasa mempengerusikan Mesyuarat Agung Tahunan 2021 NSJA secara maya pada Sabtu.

Tambah Andy lagi, pada 12 September lepas, NSJA juga telah melancarkon ‘Sayangi Miri’ yang telah siap sempena ulang tahun Bandar Miri Ke-16 dan Hari Malaysia 16 September.

“Projek ini akan diserahkan kepada Majlis Bandaraya Miri (MBM) secara rasmi sempena Hari Bandaraya Miri pada bulan Mei akan datang nanti.

“Penglibatan NSJA dalam aktiviti tanggungjawab sosial korporat (CSR) telah mengharumkan nama NSJA dan begitu juga mendapat kepujian dan pandangan yang positif di mata kalangan masyarakat,” tambahnya. -EDISI UKAS

add comment