ISNIN, 28 MAC 2022
KUCHING: Program kemasyarakatan seperti gotong-royong perlu dikekalkan dalam memupuk semangat perpaduan dan membentuk masyarakat yang harmoni.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Satok, Dato Ibrahim Baki berkata, progam seumpamanya juga mampu mengeratkan lagi silaturahim antara penduduk kampung.
Berucap ringkas semasa program gotong royong di Kampung Temedak dan Jalan Muhibbah pada Ahad, beliau memberitahu, kerjasama antara penduduk kampung dapat diperkukuhkan lagi menerusi progam sama.
“Program kemasyarakatan seperti ini amat penting dalam melestarikan alam sekitar kampung dan juga memulihara serta membaik pulih kawasan kampung.
“Aktiviti seperti ini merupakan satu aktiviti untuk kita mengeratkan lagi silaturahim kita sesama kita demi untuk memupuk dan memantapkan lagi persaudaraan antara masyarakat kampung,” katanya.
Sehubungan itu, beliau berharap penduduk kampung dapat meneruskan program sama dari masa ke semasa. -EDISI UKAS