Sukan Futsal Bantu Perpaduan Lebih Erat

ISNIN, 28 MAC 2022

BELAGA : Futsal adalah sukan yang paling diminati oleh semua golongan belia di negeri ini.

Ahli Parlimen P.216 Hulu Rajang, Datuk Wilson Ugak Kumbong berkata, ianya bukan sahaja hanya diminati oleh golongan lelaki malah diminati oleh golongan wanita juga.

“Walaupun kita agak jauh di luar bandar, tetapi minat dan skill yang ada pada kita lebih kurang sama dengan mereka yang berada di tempat lain.

“Oleh itu, kepada belia kita, teruskan minat dan kebolehan yang ada ini agar hubungan silatulrahim, rakan taulan dan perpaduan di antara kita lebih erat,” katanya semasa berucap dalam Majlis Perasmian Pertandingan Futsal Piala Datuk Wilson Ugak Kumbong di Gelanggang Serbaguna, Pekan Belaga pada Sabtu.

Pertandingan futsal tersebut yang berlangsung selama tiga hari bermula pada 25 hingga 27 Mac merupakan anjuran daripada Kelab Sukan Komuniti Belaga bagi kategori lelaki manakala Jawatankuasa Wanita Belaga bagi kategori wanita.

Difahamkan, sebanyak 18 pasukan yang  mengambil bahagian dan ianya diadakan secara tertutup untuk pasukan dari Belaga sahaja. 

Manakala bagi kategori Wanita pula, sebanyak 12 pasukan yang mengambil bahagian dan ia diadakan secara terbuka termasuk pasukan dari Sungai Asap.

Dalam pada itu, pertandingan futsal wanita telah tamat pada hari pertama dan dijuarai oleh Pasukan L. Amori yang membawa pulang sebuah piala juara, medal dan wang tunai RM1,000.

Naib juara ialah Pasukan LPE FT menerima sebuah piala, medal dan wang tunai RM800 dan tempat ketiga jatuh kepada Pasukan Bukit Lada FA yang membawa pulang sebuah piala, medal dan wang tunai RM600.

Manakala bagi kategori lelaki telah dijuarai oleh Pasukan Amo Manis yang berjaya membawa pulang hadiah berupa sebuah Piala, medal dan wang tunai berjumlah RM1,000.

Naib Johan disandang Pasukan Manatahan untuk membawa pulang medal dan wang tunai berjumlah RM600 dan tempat ketiga dimenangi oleh Pasukan Bestmix untuk membawa pulang medal dan wang tunai RM400.

Pada sebelah malam pula, Datul Wilson telah hadir pada Majlis Perasmian Pejabat Jawatankuasa Wanita Belaga di Pejabat Jawatankuasa Wanita Belaga, Pekan Belaga.

Menurutnya, ucapan syabas dan terima kasih kepada JWB yang telah berjaya menganjurkan Pertandingan Futsal Wanita, Piala Futsal Piala Datuk Wilson Ugak Kumbong dengan jayanya.

Tambahnya, sebagai wanita pada masa kini, kerja mereka bukan sekadar membuat kerja di rumah, tetapi oleh kerana suasana semasa telah banyak berubah, peranan dan tanggungjawab wanita juga banyak berubah.

Beliau mengucapkan terima kasih kepada JWB kerana telah mengadakan pelbagai aktiviti sebelum ini termasuk Program Ziarah Kasih JWB di Lusong Laku pada bulan februari yang lalu. 

Pada majlis sama, beliau telah menyampaikan sumbangan cek Projek Kecil Luar Bandar (MRP) kepada Jawatankuasa Wanita Belaga yang berjumlah RM20,000, Jawatankuasa RANDO Belaga berjumlah RM10,000, Jawatankuasa Kebajikan Daerah Belaga berjumlah RM10,000 dan Persatuan Penganut  Tokong Eng Hong Belaga berjumlah RM10,000.-EDISI UKAS

add comment