SELASA, 29 MAC 2022
SIBU: Upper Rajang Development Agency (URDA) telah menganjurkan Bengkel URDA di Hotel Kingwood, Sibu bermula 28 Mac sehingga 30 Mac 2022.
Bengkel yang diadakan selama tiga hari itu bertujuan untuk mendapatkan input dan mengenalpasti model yang bersesuaian bagi mencapai KPI pembangunan selaras dengan Pelan Pembangunan Sosio-Ekonomi 2022-2026.
Antara peserta terlibat ialah semua wakil rakyat di wilayah tengah Sarawak, wakil-wakil Jabatan Kerajaan Persekutuan dan Negeri, Ketua-Ketua Masyarakat dan wakil ahli perniagaan tempatan.
Sementara itu, peserta yang hadir dibahagikan kepada lapan kumpulan serta masing-masing diketuai oleh wakil rakyat.
Para peserta turut diberikan taklimat daripada Pengarah URDA, Joseph Belayong Punan; taklimat daripada Unit Perancang Ekonomi Negeri, MANRED serta taklimat daripada pihak Fasilitator.
Kawasan URDA terdiri daripada dua kawasan Parlimen dan lapan DUN di wilayah tengah Sarawak.-EDISI UKAS