KEMAS Betong Anjur Program Sahabat Komuniti Desa Di Spaoh

SELASA, 29 MAC 2022

SPAOH : Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) Bahagian Betong telah menganjurkan Program Sahabat Komuniti Desa (SKOD) di Dewan Masyarakat Spaoh pada Isnin.

Program telah dihadiri seramai 40 orang jemputan dari kawasan sekitar Spaoh.

Antara pengisian pertama adalah acara sesi ‘Senaman Sihat’ yang dibimbing oleh jurutunjuk tari tempatan dari Spaoh, sesi ceramah oleh pihak Kementerian Kesihatan yang disampaikan oleh Pegawai Perubatan Klinik Kesihatan Spaoh, Dr. Abraham.

Dalam pada itu, perkongsian ceramah turut menyentuh langkah-langkah persediaan memasuki fasa endemik, strategi menuju endemik, tanggungjawab individu serta tanggungjawab masyarakat di dalam fasa peralihan ke endemik.

Turut hadir, Penolong Pegawai Pembangunan Komuniti & Kemahiran mewakili Pegawai KEMAS Bahagian Betong, Kumpang Tutong.-EDISI UKAS

add comment