SELASA, 29 MAC 2022
KUCHING: Berkuatkuasa 1 April depan, individu yang telah dijangkiti COVID-19 dalam tempoh terdekat adalah dikecualikan daripada menjalani ujian swab RT-PCR di negara asal sekiranya ingin memasuki negara Brunei Darussalam.
Kementerian Kesihatan Brunei Darussalam dalam satu kenyataan pada Selasa memberitahu, pengeculian tersebut adalah untuk individu yang mempunyai bukti jangkitan seperti sebuah Sijil Pemulihan di mana ianya hanya sah dalam tempoh tidak melebihi 90 hari.
Katanya, setiap pengembara hanya perlu menjalani ujian pantas antigen (ART) sejurus selepas ketibaan di negara tersebut.
“Kos bagi ujian berkenaan adalah sebanyak 20 Dollar Brunei seorang,’’ jelasnya.
Kenyataan tersebut turut memaklumkan, pengembara yang terbabit juga dikecualikan daripada menjalani kuarantin kendiri wajib setelah tiba di Brunei. -Edisi UKAS