SELASA, 29 MAC 2022
SARATOK : Ahli Dewan Undangan negeri (ADUN) Kalaka, Mohamad Duri telah dipilih untuk menyandang jawatan sebagai Ketua Cawangan PBB Kalaka yang baharu bagi menggantikan Datuk Abdbul Wahab Aziz.
Mohamad Duri menang tanpa bertanding dalam Mesyuarat Agong Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Kalaka Sesi 2022-2025 yang diadakan di Dewan Sri Krian Saratok pada Isnin.
Sementara itu, Kasdi Pandi pula dipilih sebagai Timbalan Ketua Cawangan bagi Sesi 2022-2025, Lela Ali kekal dengan jawatan Ketua Wanita yang mana kedua-duanya juga menang tanpa bertanding.
Bagi jawatan Pemuda pula, Faisal Wahid telah dipilih serta mengalahkan dua lagi calon yang bertanding, manakala Fadli Othman kekal sebagai Timbalan Ketua Pemuda PBB Kalaka mengalahkan seorang calon yang bertanding.-EDISI UKAS