Premier Sarawak Berharap Kerjasama SBF Dan NCCIM Dapat Beri Manfaat Dua Hala

SELASA, 29 MAC 2022

KUCHING: Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Dr Abang Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Openg berharap untuk menyaksikan kesinambungan kerjasama antara Persekutuan Perniagaan Sarawak (SBF) dan Dewan Perniagaan dan Perindustrian Kebangsaan Malaysia, (NCCIM) dapat memberi manfaat dua hala.

Jelasnya, prinsip utama untuk mencapai hasrat tersebut adalah mempunyai hala tuju ekonomi yang kukuh.

Beliau berkata demikian semasa menghadiri Majlis Makan Malam bersama delegasi Persekutuan Perniagaan Sarawak (SBF) dan Dewan Perniagaan dan Perindustrian Kebangsaan Malaysia, (NCCIM) di Kuching pada Isnin.

Dalam majlis tersebut, Datuk Patinggi Abang Zohari juga telah menyaksikan Persekutuan Perniagaan Sarawak (SBF) dan Dewan Perniagaan dan Perindustrian Kebangsaan Malaysia, (NCCIM) menandatangani Memorandum Perjanjian (MOU).

Sementara itu, Presiden SBF, Datuk Abang Abdul Karim Tun Abang Openg semasa berucap memberitahu bahawa perjanjian tersebut adalah salah satu usaha untuk mencapai peningkatan baharu dalam Pelaburan Langsung Domestik (DDI).

Turut hadir sama, Presiden NCCIM, Dato’ Low Kian Chuan, Naib- naib presiden NCCIM dan Pelabur, Tan Sri Datuk Seri William Cheng Heng Jem.-EDISI UKAS

add comment