ADUN Sadong Jaya Sertai Gotong-Royong Di Kampung Jemukan Laut

RABU, 30 MAC 2022

SADONG JAYA: Menteri Muda Infrastruktur dan Pembangunan Pelabuhan 1 merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sadong Jaya, Ir Aidel Lariwoo telah meluangkan masa menyertai gotong-royong baik pulih rumah penduduk di Kampung Jemukan Laut.

Menurut Ir Aidel, program di bawah Projek Penambahbaikan Rumah Miskin Sarawak (PPRMS) tersebut telah dipersetujui untuk dilaksanakan secara gotong-royong oleh Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) kampung Jemukan Laut.

Katanya, setakat ini setiap projek yang dilaksanakan oleh JKKK kampung berkenaan berjalan dengan lancar dan beliau amat berpuas hati dengan usaha dan kerjasama yang diberikan setiap ahlinya.

Sehubungan itu, beliau berharap agar semua projek yang akan atau sedang dilaksanakan di kawasan itu juga turut menunjukkan hasil yang terbaik.

Turut serta dalam gotong-royong tersebut baru-baru ini, Setiausaha Sulit beliau, Salem Benga; Timbalan PBB Cawangan, Mutalib Julaihi dan Ketua Wanita PBB Cawangan Sadong Jaya, Salasiah Bujang Narawi.

Bantuan PPRMS adalah inisiatif kerajaan Sarawak bagi membantu menyediakan rumah yang selesa kepada mereka yang mempunyai rumah daif serta tidak selamat untuk didiami tanpa memilih fahaman politik, kaum dan warna kulit. -EDISI UKAS

add comment