Kewujudan MBOT Tingkatkan Penglibatan Golongan Muda Dalam Bidang Kemahiran

RABU, 30 MAC 2022

LIMBANG: Kerajaan telah mewujudkan Board of Technologists (MBOT) bagi meningkatkan penglibatan golongan muda dalam bidang kemahiran selain Board of Engineers dan Board of Surveyors yang sedia ada ketika ini.

Menurut Timbalan Menteri II Pembangunan Luar Bandar Malaysia Datuk Hasbi Habibollah, perkara ini telah pun diperdebatkan dalam Parlimen penggal lepas tentang bagaimana hendak memasukan pembelajaran Majlis Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) ke dalam mainstream pendidikan negara.

Katanya, ketika ini negara mempunyai kolej vokasional dan sebagainya tetapi dalam sekolah itu sendiri.

Perkara ini pernah dibincang dan dibahaskan sekiranya dibahskan di peringkat sekolah menengah Tingkatan 1, 2 dan 3 sudah ada aliran TVET untuk kemahiran dan sebagainya. 

“MBOT diluluskan pada penggal lepas di parlimen. Ia bertujuan untuk mengiktiraf individu yang mempunyai kemahiran tertentu sehingga mereka menjadi profesional dalam teknologi atau TVET ini. 

“Jadi janganlah kita memandang rendah kepada pelajar lepasan kemahiran kerana mereka ini juga laku dan mempunyai permintaan yang tinggi di pasaran pekerjaan,” katanya. 

Beliau berkata demikian semasa berucap di majlis Penutup TVET Junior GiatMARA Limbang pada Sabtu. 

Jelas Datuk Hasbi lagi, beliau berharap bangunan GiatMARA Limbang baru siap nanti akan menyediakan kursus automatif selain kursus kemahiran yang sedia ada. 

Ini memandangkan banyak kenderaan di Brunei menghantar kenderaan mereka di LImbang untuk dibaiki disebabkan kos penyelenggaraan dan baik pulih murah mengikut pertukaran mata wang. 

Program TVET Junior ini telah diadakan selama 5 hari bermula 14 hingga 18 Mac 2022 melibatkan 20 orang peserta dari kalangan pelajar sekolah menengah di daerah Limbang yang berusia 16 hingga 17 tahun. 

Hadir sama Pemangku Timbalan Residen Bahagian Limbang Aspalela Binti Mohamad Sahmoni, Pengarah GiatMARA Sarawak Abdul Halem Serojai, Pengarah MARA Sarawak Dr. Azmi Amat Murjan dan Pengarah RISDA Negeri Sarawak Shaharuddin Saberi.-EDISI UKAS

add comment