RABU, 30 MAC 2022
BINTANGOR : Mesyuarat Agong Pemuda Dan Wanita Cawangan Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Meradong telah diadakan di Dewan Dayang Bai Bintangor pada Ahad.
Dalam pada itu, Khairulddin Qalam Daud Qalam Iko telah terpilih untuk menjadi Ketua Pemuda Cawangan PBB Meradong dalam sesi pemilihan baharu iaitu bagi tahun 2022 sehingga 2025.
Semua exco Timbalan Ketua Pemuda (TKP) iaitu 7 orang Ahli Jawatankuasa (AJK) dan 5 orang jawatan lantikan dan 3 AJK lantikan dengan semua menang tanpa bertanding.
Selain itu, Dayang Rajemah Abang Adeng Dyraa Adeng telah dilantik semula sebagai Ketua Pergerakan Wanita Cawangan PBB Meradong.
Manakala, exco Timbalan Ketua Wanita (TKW) iaitu 7 orang AJK pilihan, 6 jawatan lantikan dan 3 AJK turut di lantik dan kesemuanya menang tanpa bertanding.
Sementara
itu, selaku Pengerusi Penyelaras, Mesyuarat Agung Ranting dan Mesyuarat
Pewakilan Cawangan Parti PBB Meradong, Jekeri Form mengesahkan Mesyuarat Agong
Pewakilan pergerakan PEMUDA Dan Pergerakan WANITA Parti PBB Cawangan Meradong
berjalan dengan lancar.-EDISI UKAS