RABU, 30 MAC 2022
BALINGIAN : Pertandingan Memancing Udang Galah dapat menggalakkan ekonomi tempatan serta memperkenalkan Balingian sebagai lokasi tarikan pelancongan.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tellian merangkap Naib Pengerusi Persekutuan Persatuan Melanau Sarawak, Royston Valentine, beliau amat berasa bangga melihat Persatuan Generasi Melanau Balingian dan kelab-kelab sekitar aktif dalam melaksanakan aktiviti seperti ini.
Beliau berkata demikian dalam Majlis Perasmian Pertandingan Memancing Udang anjuran Persatuan Generasi Melanau Balingian telah diadakan di Pekan Pekan Balingian baru-baru ini.
Tambahnya, program seperti ini dapat memupuk semangat kerjasama dikalangan penduduk di Balingian.
Sementara itu, Pengerusi Persatuan Generasi Melanau Balingian, Askandar Meliki pula memberitahu Pertandingan Memancing Udang Galah ini adalah antara aktiviti dilaksanakan untuk memperkenalkan kepada masyarakat luar akan sinonimnya Balingian dengan udang galah.
Justeru, beliau menzahirkan ucapan terima kepada ADUN Tellian kerana sanggup meluangkan masa bersama.
Dalam pada itu, Ismail Liau dari Kampung Barut, Balingian muncul pemenang pertandingan itu setelah berjaya memperolehi udang galah seberat 196 gram dan membawa pulang wang tunai berjumlah RM1,000.
Tempat kedua dimenangi Shaymion Kihui dari Kampung Jebungan, Mukah yang memperoleh udang galah seberat 136 gram dan membawa pulang wang tunai berjumlah RM500.
Manakala tempat ketiga dimenangi Shaymion Kihui dari Kampung Jebungan, Mukah yang memperolehi udangan galah seberat 130 gram serta membawa pulang wang tunai berjumlah RM300.-EDISI UKAS