PJKM Di Kampung Maludam Dapat Sambutan Positif

RABU, 29 MAC 2022

MALUDAM: Program Jualan Keluarga Malaysia (PJKM) di Kampung Maludam yang berlangsung selama dua hari mendapat sambutan yang positif daripada penduduk setempat.

Program ini merupakan inisiatif Ahli Parlimen Batang Lupar, Dato’ Sri Rohani Abdul Karim untuk membantu rakyat dikawasannya membeli barangan keperluan asas dengan harga yang lebih murah.

Hadir melawat Majlis Perasmian Program Jualan Keluarga Malaysia (PJKM) Batang Lupar tersebut, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lingga, Dayang Noorazah Awang Sohor.

PJKM menawarkan pelbagai pilihan kepada penduduk untuk mendapatkan barangan keperluan asas seperti gula, tepung, beras, minyak masak, barang makanan proses, telur ayam dan lain-lain.

Terdahulu program seumpama ini telah diadakan di Kampung Lingga dan ini merupakan kali kedua diadakan program yang sama di DUN N.28 Lingga. -EDISI UKAS

add comment