Projek Baik Pulih Jalan Ropi Diluluskan

RABU, 30 MAC 2022

BAU: Projek membaik pulih Jalan Ropi di sini telah diluluskan dengan peruntukan sebanyak RM450,000.

Pembangunan projek itu adalah di bawah kerajaan persekutuan dan mengambil masa selama enam bulan disiapkan.

Projek tersebut adalah untuk kegunaan penduduk kampung menjalankan aktiviti pertanian.

Apabila siapa kelak, projek berkenaan akan memberi manfaat kepada penduduk setempat untuk melakukan kegiatan pertanian.

Turun padang melakukan kerja-kerja tinjauan di lapangan adalah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Serembu, Miro Simuh. -EDISI UKAS

add comment