Raja Permaisuri Agong Berangkat Pulang Selepas Lawatan Rasmi Dua Hari Di Sarawak

RABU, 30 MAC 2022

KUCHING: Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Maimunah Iskandariah berangkat pulang ke Pahang selepas berkenan mengadakan lawatan rasmi selama dua hari ke Sarawak.

Keberangkatan tiba baginda di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching (LTAK) pada pukul 9 pagi disambut oleh isteri Premier Sarawak, Puan Sri Datuk Amar Juma’ani Tun Tuanku Bujang.

Turut menyambut ketibaan baginda ialah Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak, (Undang-Undang, Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) dan Perhubungan Negeri Persekutuan), Datuk Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali dan Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Sarawak (Transformasi Prestasi dan Penyampaian Perkhidmatan), Datu Dr. Sabariah Putit.

Pada Isnin, Raja Permaisuri Agong tiba di Kuching dan baginda telah berkenan melawat dan merasmikan Galeri Songket dan Keringkam di Jalan Masjid.

Baginda kemudian berkenan menghadiri majlis santapan di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak bersama tetamu-tetamu kenamaan negeri.

Pada Selasa pula, Raja Permaisuri Agong turut berkenan melawat Kompleks Penjara Puncak Borneo dan Borneo Cultures Museum. – EDISI UKAS

add comment