SRI AMAN: Seramai 150 orang peserta yang terdiri daripada penjawat awam dan ketua masyarakat daerah Lubok Antu mengikuti ceramah ‘Integrity Awareness Roadshow’ 2.0 pada Khamis.
Program anjuran Pejabat Residen Bahagian Sri Aman itu diadakan di Dewan Kompleks Sukan Lubok Antu.
Pengisian program menyaksikan pegawai Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM), Azman Ngaridi sebagai penceramah pertama dan Angelico Francis Freddy Tiam sebagai penceramah kedua dari Unit Sumber Manusia Negeri (SHRU), Pejabat Premier Sarawak.
Secara keseluruhan, program berjalan dengan lancar dengan pematuhan Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ditetapkan. -EDISI UKAS