Ahli Parlimen Kota Samarahan Cadang Naik Taraf Sistem Perparitan Di Kampung Sindang Baru Dan Kampung Endap

KHAMIS, 31 MAC 2022

KOTA SAMARAHAN: Sistem perparitan yang sempurna sangat penting dalam usaha mengelak daripada bencana banjir kilat dan menstabilkan kesihatan awam termasuk penyakit berjangkit seperti demam denggi.

Berikutan itu, Ahli Parlimen Kota Samarahan, Datuk Rubiah Wang menerusi wakil dari pejabatnya melakukan tinjauan pra pelaksanaan projek bagi menaik taraf sistem perparitan di Kampung Sindang Baru dan Kampung Endap pada Khamis.

Turut serta dalam tinjauan tersebut, Pegawai Daerah Samarahan, Anuaar Da’an; Pegawai Khas Ahli Parlimen Kota Samarahan, Latifah Beni bersama wakil dari Majlis Perbandaran Kota Samarahan dan ketua-ketua masyarakat setempat.

Datuk Rubiah ketika dihubungi berkata, sistem perparitan berkenaan dicadang untuk dinaik taraf menerusi peruntukan Program Transformasi Luar Bandar (RTP) Parlimen Kota Samarahan. -EDISI UKAS

add comment