KHAMIS, 31 MAC 2022
JULAU: Timbalan Menteri Kesihatan Malaysia II, Datuk Aaron Ago Dagang mengadakan lawatan ke tapak projek Klinik Kesihatan Julau baharu pada Khamis.
Sebelum itu, beliau diberi taklimat mengenai projek pembinaan baharu bangunan Klinik Kesihatan Julau (Jenis 4) dengan kuarters serta Pejabat Kesihatan Daerah di Pejabat Daerah Julau.
Turut mengiringi rombongan beliau adalah Timbalan Setiausaha Bahagian Pembangunan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Mohd Rashidi Yahaya, Ketua Penolong Setiausaha Bahagian Pembangunan KKM, Fahizol Haris, Pengarah Hospital Sarikei, Dr. Tey Siew Chang dan Pegawai Kesihatan Bahagian Sarikei, Dr. Emmanuel Joseph Fung Tsung.
Selepas itu, beliau yang juga Ahli Parlimen Kanowit mengadakan lawatan ke Klinik Pergigian Bintangor. -EDISI UKAS