KHAMIS, 31 MAC 2022
LAWAS: Iman Care dengan kerjasama Urusetia Saudara Baru dan Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM) Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) Daerah Lawas telah mengadakan Penyerahan Wakaf Al-Quran kepada masyarakat Islam daerah Lawas pada Ahad dan Isnin.
Penyerahan Wakaf Al-Quran telah disempurnakan wakil Iman Care Mohd Helmi Ibrahim, wakil ILIM JAKIM Sheikh Hadzrei Adam Seberi dan wakil Unit Saudara Baru (USB) Siti Nursyaza Syafiqah Abdullu kepada masjid-masjid dan surau-surau di daerah Lawas.
Menurut Mohd Helmi, program ini bertujuan membudayakan bacaan al-Quran pada bulan Ramadan yang akan tiba beberapa hari sahaja lagi.
Selain itu, turut diagihkan bantuan makanan kepada golongan mualaf yang terpilih di daerah Lawas untuk membantu mereka sempena sambutan bulan Ramadan ini. -EDISI UKAS