Kejohanan Gusti Lengan Bintulu Dapat Sambutan Menggalakkan

KHAMIS, 31 MAC 2022

BINTULU: Kejohanan Gusti Lengan yang julung kalinya diadakan di Bintulu telah berlangsung dengan jayanya di Gim Sukan Bintulu baru-baru ini.

Pertandingan anjuran Persatuan Gusti Lengan Bintulu itu mendapat sambutan menggalakkan dengan penyertaan seramai 83 orang dari seluruh Sarawak.

Menteri Pemodenan Pertanian dan Pembangunan Wilayah Sarawak merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kemena, Dato Sri Dr. Stephen Rundi Utom dan ADUN Tanjong Batu, Johnny Pang Leong Ming telah hadir memeriahkan suasana kejohaan tersebut.

Presiden Persatuan Gusti Lengan Bintulu, Kenneth Les Templer merakamkan penghargaan kepada semua pihak yang telah terlibat dalam menjayakan pertandingan itu.

“Kejohanan Gusti Lengan ini diadakan untuk mencungkil bakat baharu di samping mempromosi serta membangunkan sukan gusti lengan di bahagian Bintulu,” katanya ketika berucap pada program itu.

Dalam pertandingan itu, Dickinson Dickes berjaya meraih gelaran juaran keseluruhan bagi Kategori Junior, Shahadan Mohd Rani bagi juara keseluruhan Kategori Tangan Kanan dan Zulhairi Hisham bagi juara keseluruhan Kategori Tangan Kiri.

Sementara itu, Shahadan Mohd Rani telah mengejutkan semua yang hadir apabila meraih gelaran juara antara juara setelah menewaskan pemenang lain bagi setiap kategori. -Edisi UKAS

add comment