SABTU, 2 APRIL 2022
SRI AMAN: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Simanggang, Datuk Francis Harden Hollis telah mengadakan perjumpaan bersama Jurutera Bahagian Jabatan Kerja Raya (JKR) Bahagian Sri Aman, Ir Christopher George pada Jumaat.
Menerusi perjumpaan bersama agensi pelaksana itu, Datuk Francis mengambil maklum mengenai perancangan pelaksanaan projek pembangunan di kawasan Bandar Simanggang di samping mengetahui lebih terperinci status projek Program Transformasi Luar Bandar (RTP) yang sedang dilaksanakan.
Menurut beliau, terdapat 13 projek RTP bagi tahun 2021 dengan anggaran kos RM2.2 juta telah dimasukkan ke dalam senarai projek yang akan, sedang dan telah dilaksanakan di bawah JKR Bahagian Sri Aman, termasuk dua agensi pelaksana yang lain iaitu Majlis Daerah Sri Aman (MDSA) serta Jabatan Pengairan dan Saliran (DID).
Turut sama dalam perjumpaan itu, Penolong Jurutera Bahagian, Kiew Siaw Hiong; Penolong Jurutera Bahagian, Hisham Wahid dan Pegawai pelaksana bagi projek RTP, Aishah Nur Dyana. -EDISI UKAS