Bazar Ramadan Tamu Simanggang Kembali Dibuka

ISNIN, 4 MAC 2022

SRI AMAN: Setelah ditutup selama dua tahun akibat penularan wabak COVID-19, pembukaan semula Bazar Ramadan pada tahun ini mendapat sambutan baik terutama di kalangan para peniaga.

Tinjauan wartawan Unit Komunikasi Awam Sarawak (UKAS) di Bazar Ramadan Tamu Simanggang pada hari pertama bulan puasa mendapati rata-rata para peniaga menzahirkan syukur kerana mampu kembali melaksanakan aktiviti jualan.

Bazar Ramadan tersebut mampu menempatkan 40 lot ruang berniaga bagi menjual pelbagai juadah berbuka.

Orang ramai juga mula berkunjung seawal jam 3 petang dan antara makanan yang menjadi pilihan paling popular pada hari tersebut ialah bubur pedas.

Setelah Sarawak beralih ke fasa peralihan endemik mulai 1 April lepas, pemulihan semula sektor ekonomi dijangka memberi impak positif kepada rakyat. -Edisi UKAS

add comment