Dato Sri Fatimah Kekal Ketua Cawangan PBB N.56 Dalat

ISNIN, 4 APRIL 2022

DALAT: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Dalat, Dato Sri Fatimah Abdullah kekal selaku Ketua Cawangan PBB N.56 Dalat.

Beliau yang juga Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak menang tanpa bertanding jawatan tersebut pada Mesyuarat Agung Cawangan N.56 Dalat di Stadium Perpaduan Dalat pada Sabtu.

Turut kekal jawatan Timbalan Ketua Cawangan dan Naib Ketua Cawangan yang disandang Sait Seman dan Zaidi Kassim.

Menurut Dato Sri Fatimah, pemilihan jawatan tertinggi parti yang menang tanpa bertanding menunjukkan semangat perpaduan dan kerjasama yang utuh dalam parti.

Sementara itu pada Sabtu, Dato Sri Fatimah telah merasmikan Mesyuarat Agung Pemuda dan Wanita N.56 Dalat bertempat di Dewan Kompleks Kebajikan Dalat.

Pemilihan itu turut menyaksikan tiada pertandingan dengan jawatan Ketua Pemuda dan Timbalan Ketua Pemuda disandang Jayakesuma Rosli dan Kaunselor Abdul Halim Hamdian.

Manakala jawatan Ketua Wanita dan Timbalan Ketua Wanita disandang Muzalifah Mohd Anis dan Sabrina Linjong.

Menurut Dato Sri Fatimah, kerjasama dan kebersamaan dalam parti amat diperlukan dan ia terbukti pada pemilihan tersebut di mana pucuk pimpinan kedua-dua sayap berkenan tiada pertandingan untuk jawatan ketua dan timbalan ketua hasil kemuafakatan ahli-ahli mereka. – EDISI UKAS

add comment