Program Komuniti Sejahtera Kampung Medang Pupuk Budaya Sihat Dalam Komuniti Luar Bandar

ISNIN, 4 APRIL 2022

BETONG: Program Komuniti Sejahtera (PKS) yang dianjurkan oleh Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) Bahagian Betong mampu memupuk budaya sihat terutama dalam komuniti di luar bandar.

Program PKS yang diadakan dengan jayanya pada Sabtu merupakan yang julung kalinya diadakan di Kampung Medang, Pusa.

Penyelaras Program, Dayang Madinah Yamin mengucapkan terima kasih kepada semua penduduk terutamanya barisan kepimpinan parti serta JKKK Kampung yang telah bertungkus lumus dalam membantu menjayakan program tersebut.

Beliau juga turut berterima kasih kepada Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti merangkap ADUN Saribas, Mohammad Razi Sitam, kerana telah mencadangkan Kampung Medang sebagai lokasi untuk penganjuran program kali ini.

Pelbagai pengisian program yang diadakan pada hari tersebut seperti aktiviti senaman cergas, saringan pemeriksaan Kesihatan Sukarelawan (KOSPEN), ceramah pendidikan dari Kolej Komuniti Betong, ceramah kesihatan, ceramah dari Pejabat Belia & Sukan Betong serta Fun Ride sejauh 15KM dari Kampung Supa ke Kampung Medang.

Antara lain objektif program ialah untuk mewujudkan hubungan baik dalam kalangan komuniti desa bersama pemimpin tempatan, agensi kerajaan, swasta dan Badan Bukan Kerajaan (NGO).-EDISI UKAS

add comment

online casino malaysia online casino malaysia malaysia online casino malaysia online casino trusted online casino malaysia trusted online casino malaysia casino online malaysia casino online malaysia